“MEREKA LEMPAR FITNAH, KITA LEMPAR FAKTA.”

Tuesday, January 12, 2010

Mukadimah: Semangat Kemerdekaan

Di saat Malaysia menyambut 50 tahun kewujudannya sebagai sebuah negara merdeka kita perlu berdepan dengan persoalan yang paling getir. Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang, Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara Asia kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?

Kita terlalu diajak supaya asyik berpesta, terutama di kalangan generasi muda. Wacana bebas dihalang dan media dikongkong oleh golongan kaya yang menjaga kepentingan kelompok kecil penguasa. Malah iklim dan persekitaran bebas yang seharusnya tercerna dari ikrar keramat kemerdekaan diganti dengan puluhan undang -undang yang mengikat rakyat, mahasiswa dan pekerja, meneruskan strategi nakal penjajah membendung kebebasan dan kegiatan rakyat.

Justeru itu, sempena ulang tahun hari keramat negara merdeka kita sewajarnya merenungkan dengan akal fikiran terbuka sejajar dengan semangat bangsa merdeka dan bermaruah. Kerana sesungguhnya inilah juga menjadi intipati Pemasyhuran Kemerdekaan 31 0gos 1957 dan paksi gagasan negara Malaysia 1963 - mencipta negara liberal dan demokratik; menjunjung perlembagaan dan keluhuran undang-undang; menjamin kebebasan dan keadilan untuk rakyat.

Dasar utama yang diikrarkan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan tersebut adalah:

  • Menjamin 'hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat';
  • 'Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen';
  • 'Negara yang Merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa'.

No comments:

Post a Comment