“MEREKA LEMPAR FITNAH, KITA LEMPAR FAKTA.”

Tuesday, January 12, 2010

Tan Sri Khalid Ibrahim

Pada tahun 1981, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu sebagai Ketua Pehawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad telah menjadikan Syarikat Guthrie yang ketika itu dimiliki oleh pemodal-pemodal asing sebagai syarikat Malaysia. MeMalaysiakan Syarikat Guthrie ini berjaya dilakukan melalui PNB melakukan ‘Serangan Waktu Subuh’ ke atas Bursa Saham London. TSK melaksanakan langkah MeMalaysiakan Syarikat Guthrie, salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia kerana beliau terdorong oleh semangat patriotik dan mahu menyaksikan Syarikat Guthrie diuruskan oleh rakyat Malaysia sendiri. ‘Serangan Waktu Subuh’ yang dilakukan oleh PNB terhadap Bursa Saham London menyebabkan nama Tan Sri Khalid terkenal di masyarakat korporat dunia dan Malaysia dihormati oleh masyarakat ekonomi antarabangsa.

Tan Sri Khalid sekali lagi mencipta sejarah Ketua Eksekutif PNB dengan memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional dan Skim Amanah Saham Bumiputera. Melalui langkah ini beliau telah memungkinkan jutaan rakyat Malaysia memiliki saham. Berkat buah fikiran anak Selangor kelahiran Jeram ini, pemilikan saham di Malaysia hari ini tidak terbatas kepada golongan kaya sahaja.

Pada tahun 1992, beliau sekali lagi mencipta sejarah. Beliau mencadangkan kepada saya, selaku Menteri Kewangan pada wakti itu untuk melaksanakan Skim Pinjaman Amanah Sham Bumiputera kepada Rakyat Termiskin bermula dengan RM700 juta dilancarkan di Baling, Kedah yang telah mengubah kehidupan 140,000 rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment